Tuesday 18 October 2011

Unit Amanah

Unit Amanah = Amanah Saham, Unit Trust, Mutual Fund

Skim Unit Amanah merupakan satu jenis pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam satu portfolio sekuriti oleh Pengurus Dana Profesional.

Syarikat pengurusan dana dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur. Antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan.

Pelabur-pelabur tidak membeli sekuriti/stocks secara langsung dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unitholders)

Pelabur berpeluang memperolehi pulangan  dalam bentuk pengagihan pendapatan (income distribution) dan pertumbuhan modal (capital growth) dengan risiko yang munasabah dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan di dalam portfolio pelbagai saham dan bon/sukuk, atau instrument lain.

No comments:

Post a Comment