Tuesday 18 October 2011

Kelebihan Melabur Dalam Unit Amanah


1. Pengurusan Dana Yang Profesional
Unit Amanah diuruskan oleh pengurus dana professional dan berpengalaman. Pengurus dana profesional ini akan sentiasa mengawasi prestasi pelaburan anda dan memastikan wang anda dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah dikaji.

2. Kepelbagaian
Unit Amanah membantu mempelbagaikan pelaburan anda dalam sebuah portfolio sekuriti bagi meminimumkan risiko .
Unit Amanah menawarkan kaedah untuk membeli portfolio pelbagai saham,bon/sukuk atau aset2 lain yang dapat memberi pulangan pada risiko yang lebih rendah berbanding pelaburan secara langsung (bersendirian) dalam pasaran saham.

3. Pertumbuhan modal/aliran pendapatan
Unit Amanah memberi peluang memperoleh pertumbuhan modal (capital growth) dan/atau aliran pendapatan sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan .

4. Pendedahan pelaburan
Unit Amanah membolehkan anda mempelbagaikan pelaburan dan mendapat pendedahan kepada kelas-kelas aset dan negara-negara yang berlainan.

5. Kecairan
Pelabur boleh membeli dengan mudah dan menjual balik sebahagian atau semua unit amanah pada bila-bila masa dalam waktu perniagaan.
Hasil penebusan akan diterima dalam tempoh 10 hari.

Bagi ahli-ahli prioriti iaitu Mutual Gold dan Mutual Gold Elite, hasil pebusan akan diterima dalam tempoh 2 hari niaga.

6. Kemudahan dan kemampuan
a) Pelaburan Tunai - Anda boleh memulakan pelaburan dengan hanya RM1000 dan pelaburan tambahan minimum sebanyak RM100.
b) Pengeluaran akaun 1 KWSP –Minimum setiap pelaburan RM1000.

7. Pengawalan
Unit Amanah dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan para pelabur.

8. Manfaat Pulangan Berganda
Unit Amanah memberi anda peluang melabur semula pengagihan pendapatan ( income distribution) untuk mengumpul kekayaan.

No comments:

Post a Comment