Saturday 22 October 2011

Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP

Memaksimumkan Simpanan KWSP @ EPF Anda

Skim ini membenarkan ahli-ahli KWSP untuk melabur 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1 melalui syarikat pengurusan unit amanah yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan seperti Public Mutual Bhd.


Kelebihan melabur :

1. Tidak Memerlukan Pelaburan Tunai
Pelaburan diurusniaga terus daripada Akaun 1 KWSP anda.

2. Kepelbagaian
Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP.

3. Pendedahan Pelaburan Luar Negara
Melabur ke luar Negara dengan dana domestik yang boleh melabur sehingga 30% daripada nilai aset bersih dana dalam pasaran-pasaran luar Negara.

4. Pertumbuhan Nilai Modal
Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal (capital growth) sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan untuk meningkatkan jumlah wang KWSP anda.

Kelebihan lain, klik sini atau sini.


Bagaimana melabur?

- Semak baki akaun anda di Smart Kiosk KWSP menggunakan MyKad
atau Semak Penyata Akaun KWSP yang terkini
atau Layari www.kwsp.gov.my sekiranya anda adalah pendaftar i-Akaun.
- Akaun KWSP @ EPF anda terbahagi kepada 2. Akaun 1  dan Akaun 2 .
- Hanya akaun 1 sahaja boleh dikeluarkan untuk dilaburkan
- Jumlah yang boleh dilaburkan adalah sebanyak 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas di dalam Akaun 1.

Formula: 
Jumlah yang boleh dilaburkan = (baki akaun 1 - simpanan asas) x 20%
atau rujuk kalkulator di sini

-Jadual Simpanan Asas adalah mengikut umur.(Rujuk jadual di bawah)
-Pelaburan minimum sebanyak RM1000.
-Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan  selepas tarikh pelaburan sebelumnya ( dengan syarat masih layak dan  boleh top-up dana sedia ada ataupun menyertai dana yang baru)
-Caj perkhidmatan(servis charge) sehingga 3% akan dikenakan apabila permohonan pelabur telah diluluskan dan akan ditolak daripada jumlah wang pelaburan yang diluluskan. Jadi tiada sebarang pembayaran tunai dikenakan.


Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1
Umur (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
Umur (Tahun)
Simpanan Asas
 (RM)
18
1,000
37
34,000
19
2,000
38
37,000
20
3,000
39
41,000
21
4,000
40
44,000
22
5,000
41
48,000
23
7,000
42
51,000
24
8,000
43
55,000
25
9,000
44
59,000
26
11,000
45
64,000
27
12,000
46
68,000
28
14,000
47
73,000
29
16,000
48
78,000
30
18,000
49
84,000
31
20,000
50
90,000
32
22,000
51
96,000
33
24,000
52
102,000
34
26,000
53
109,000
35
29,000
54
116,000
36
32,000
55
120,000
 Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.


Contoh Pengiraan:

Ahli
Umur
Simpanan di dalam Akaun 1 (RM)
Simpanan Asas (RM)
Pengiraaan: Simpanan Akaun 1 - Simpanan Asas x 20%
Kelayakan Ahli
Ahmad
22
4,000
5,000
-
Ahli tidak layak memohon. Simpanan dalam Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.
Nur
22
8,000
5,000
(8,000 - 5,000) x 20% = RM600
Ahli tidak layak memohon. Jumlah kelayakan minimum kurang RM1,000.
Ali
45
100,000
64,000
(100,000 - 64,000) x 20% = RM7,200
Ahli layak memohon.  Jumlah kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM7,200.



Apa yang perlu anda lakukan hanya sediakan salinan MyKad anda depan dan belakang di atas satu kertas A4 dan pastikan anda bersedia dengan penyata KWSP anda.
Selamat Melabur!

No comments:

Post a Comment