Wednesday 30 November 2011

Mana yang lebih baik?

Spend first then save or save first then spend?
Belanja dahulu kemudian simpan atau simpan dahulu kemudian belanja ?
Mulakan sekarang atau tunggu lg 2-3 tahun ataupun tak mencuba langsung?
Mana yang lebih baik?

Unit Amanah merupakan medium terbaik untuk tujuan:

1.Tabung bila dah bersara
2.Tabung pendidikan anak-anak
3.Tabung untuk menunaikan haji 
4.Tabung untuk kahwin (bagi yang single lg la)
5.Tabung beli rumah@kereta
6.Tabung untuk pergi bercuti
7.Tabung bila ada kecemasan
8.Lagi? anda tentukan sendiri   :)



Saturday 26 November 2011

Perbandingan Unit Amanah dan Instrumen Pelaburan yang lain

Semua instrumen pelaburan mempunyai tahap risiko dan pulangan berbeza. 
Secara amnya, perbandingan risiko dan pulangan  boleh diringkaskan seperti berikut:-



Wednesday 16 November 2011

Pulangan Unit Amanah

Tak percaya?
Kali ni nak share 3 penyata yang menunjukkan peratus return @ pulangan apabila melabur dalam Unit Amanah.

Melabur kat Unit Amanah@ Unit Trust ni , anda akan dapat 2 keuntungan iaitu:-
1)Capital Gain(Perubahan harga seunit-harga naik/turun setiap hari)
2)Distribution (ramai orang panggil dividen)


Melabur ni kena ada ilmu dan strategi gak..
Ada juga pelabur yang kata rugi.Tapi kena tanya semula,berapa lama dia melabur dan apa strategi dia dah buat.  

Sebenarnya,lagi lama melabur dan bersabar,lagi banyak keuntungan yang anda akan dapat.
Sebab, pelaburan unit amanah ni adalah untuk tempoh sederhana hingga panjang(medium to long term investment).Iaitu 3 hingga 5 tahun ataupun lebih 5 tahun. Tetapi , tiada tempoh matang.Anytime pun boleh keluarkan dan pastikan dah dapat untung la.


Antara strategi yang perlu anda tahu ialah "Beli Rendah Jual Tinggi" dan DCA (Dollar Cost Averaging) ataupun kat Malaysia ni dipanggil  RCA (Ringgit Cost Averaging) .
Lagi,strategi lain yang perlu tahu dan amalkan bila melabur, nanti cerita kat post yang lain , ok..

Berdasarkan penyata kat bawah ni,purata pulangan setahun adalah melebihi 8%!


Nota:Bagi orang islam, sila melabur dalam dana yang islamik @ berlandaskan Syariah je ye.Jadi, anda tahu di mana duit anda dilaburkan  :)

Dana : Public Islamic Dividend Fund  (PIDF)
Tempoh pelaburan: 5 Tahun ( KWSP @ EPF)
Simple estimated total return % = 58.62%
Pulangan setahun = 11.72% !



Dana : Public Islamic Equity Fund  (PIEF)
Tempoh pelaburan: 2 Tahun ( KWSP @ EPF)
Simple estimated total return % = 54.27%
Pulangan setahun = 27.13% !




Dana : Public Islamic Equity Fund  (PIEF)
Tempoh pelaburan: 4 Tahun ( Tunai @ Cash)
Simple estimated total return % = 55.79%
Pulangan setahun =13.95% !

Friday 11 November 2011

Dana yang disyorkan

Terdapat pelbagai dana dengan objektif pelaburan yang berbeza-beza. Setiap satu mempunyai ciri-ciri dan elemen risiko yang berbeza. 

Sesetengah dana bertujuan memberikan pendapatan yang berterusan, sementara ada dana yang lebih tertumpu kepada pertumbuhan modal jangka panjang atau kedua-duanya sekali.
Dana unit amanah ialah pelaburan jangka panjang, jadi pertimbangkanlah juga perkara ini dalam mencapai objektif pelaburan anda. 

Terdapat beberapa kategori dana seperti ekuiti(equity), bon (bond) dan  pasaran wang (money market).
Kenal pasti Profil Risiko dan Objektif Pelaburan anda. Jadi, anda akan tahu tahap risiko yang anda mampu anda tanggung dan pulangan yang akan anda dapat.

Selain itu, anda juga perlu lihat dan menilai prestasi dana tersebut.

Antara dana yang disyorkan ialah PIDF,PIEF,PISEF,PISTF



PIDF ( Public Islamic Dividend Fund )
Profil Dana
Kategori  Dana
Dana Ekuiti (Berlandaskan Syariah)
Jenis Dana
Pendapatan
Julat Ekuiti Dana
75%  hingga 98%
Profil Pilihan Saham Dana
Saham yang menawarkan atau mempunyai potensi untuk menawarkan hasil dividen yang menarik.
Dasar Pengagihan
Pendapatan Tahunan
Profil Risiko Pelabur
Sederhana
Cadangan Tempoh Pelaburan  Minimum
3 tahun
Penasihat Syariah
ZI Syariah


Objektif Dana
-Untuk menyediakan pendapatan dengan melabur di dalam portfolio saham yang memenuhi kehendak Syariah dan menawarkan atau mempunyai  potensi untuk menawarkan hasil dividen yang menarik.

Jenis Dana
-Pendapatan=dana jenis ekuiti yang menjanjikan pengagihan pendapatan tahunan. Maksudnya, tiap-tiap tahun pun akan ada pengagihan@dividen.

Profil Risiko Pelabur
-Sederhana= Risiko dan ganjaran sederhana
-melabur untuk jangka sederhana hingga panjang
-keutamaan untuk menerima pendapatan pengagihan manakala pertumbuhan modal adalah pilihan kedua.

Strategi Pelaburan.
-Melabur di dalam sebuah portfolio pelbagai saham patuh Syariah yang menawarkan atau mempunyai potensi untuk menawarkan hasil dividen yang menarik. Dana juga mungkin membuat pelaburan di dalam pasaran asing sekiranya pulangan dinilai sebagai menggalakkan.  Kandungan ekuiti dari segi NAB akan berjulat di antara 75% hingga 98%  daripada  NAB dana.  Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk dan aset cair berdasarkan Syariah.

                        
Bermula dari tahun 2006
                    
 Januari 2010 - Disember 2010



PIEF ( Public Islamic Equity Fund )
Profil Dana
Kategori  Dana
Dana Ekuiti ( Berlandaskan Syariah)
Jenis Dana
Pertumbuhan Modal
Julat Ekuiti Dana
Minimum 80%  daripada  NAB
Profil Pilihan Saham Dana
Saham Pertumbuhan
Dasar Pengagihan
Sampingan
Profil Risiko Pelabur
Agresif
Cadangan Tempoh Pelaburan  Minimum
3 tahun
Penasihat Syariah
ZI Syariah













Objektif Dana
-Untuk  mencapai  pertumbuhan modal  melalui pilihan pelbagai  saham  pertumbuhan yang  mematuhi  Prinsip Syariah.

Jenis Dana
-Pertumbuhan Modal bermakna dasar pengagihannya @ dividen adalah sampingan sahaja, Dana ini tidak menjanjikan pendapatan (pengagihan) tahunan, maknanya mungkin ada pengagihan dan mungkin tidak ada. Tetapi dana sebegini menjanjikan penggandaan modal.

Profil Risiko Pelabur
-Agresif= Risiko dan ganjaran agresif
-melabur untuk jangka sederhana hingga panjang
-boleh melalui pasaran naik dan turun dalam tempoh yang panjang dalam usaha mencapai pertumbuhan modal.

Strategi Pelaburan.
-Melabur di dalam portfolio dalam pelbagai ekuiti patuh Syariah yang disenaraikan di pasaran domestic dan asing serta sukuk. Kandungan ekuiti minimumnya adalah 80% daripada NAB dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk dan asset cair berdasarkan Syariah.

   Bermula dari tahun 2003 

Januari 2010 - Disember 2010 




PISEF ( Public Islamic Select Enterprises Fund )


Profil Dana
Kategori  Dana
Dana Ekuiti (Syariah)
Jenis Dana
Pertumbuhan Modal
Julat Ekuiti Dana
75% hingga  98%
Profil Pilihan Saham Dana
50  syarikat terbesar  dari segi permodalan  pasaran, pada  masa pembelian, yang  disenaraikan di Bursa Securities, yang mematuhi keperluan Syariah.
Dasar Pengagihan
Sampingan
Profil Risiko Pelabur
Agresif
Cadangan Tempoh Pelaburan  Minimum
3 tahun
Penasihat Syariah
ZI Syariah
















Objektif Dana
-Untuk mencapai pertumbuhan modal dengan melabur di dalam 50 syarikat terbesar dari segi permodalan pasaran (pada masa pembelian) yang disenaraikan di Bursa Securities yang mematuhi keperluan Syariah.


Jenis Dana
-Pertumbuhan Modal bermakna dasar pengagihannya @ dividen adalah sampingan sahaja, Dana ini tidak menjanjikan pendapatan (pengagihan) tahunan, maknanya mungkin ada pengagihan dan mungkin tidak ada. Tetapi dana sebegini menjanjikan penggandaan modal.

Profil Risiko Pelabur
-Agresif= Risiko dan ganjaran agresif
-melabur untuk jangka sederhana hingga panjang
-boleh melalui pasaran naik dan turun dalam tempoh yang panjang dalam usaha mencapai pertumbuhan modal.
  
Strategi Pelaburan
-Menumpukan pelaburan terutamanya di dalam 50 saham patuh Syariah terbesar dari segi permodalan pasaran(pada masa belian) yang disenaraikan di Bursa Securities. Dana biasanya mengekalkan pendedahan ekuiti yang berjulat antara 75% hingga 98% berbanding NAB.Baki NAB dana akan dilaburkan di dalam sukuk dan instrument pasaran wang islam bagi menjanakan pulangan tambahan.

Bermula dari tahun 2008 
Januari 2010 - Disember 2010  









PISTF ( Public Islamic Select Treasures Fund )



Profil Dana
Kategori  Dana
Dana Ekuiti ( Berlandaskan Syariah)
Jenis Dana
Pertumbuhan Modal
Julat Ekuiti Dana
75%  hingga 98%
Profil Pilihan Saham Dana
Syarikat dengan permodalan pasaran  sehingga RM6.0 bilion pada masa pembelian, yang mematuhi  keperluan  Syariah.
Dasar Pengagihan
Sampingan
Profil Risiko Pelabur
Agresif
Cadangan Tempoh Pelaburan  Minimum
3 tahun
Penasihat Syariah
ZI Syariah
















Objektif Dana
-Untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pelaburan di dalam syarikat-syarikat yang mempunyai permodalan pasaran sehingga RM6 bilion yang mematuhi keperluan Syariah di pasaran domestik.

  
Jenis Dana
-Pertumbuhan Modal bermakna dasar pengagihannya @ dividen adalah sampingan sahaja, Dana ini tidak menjanjikan pendapatan (pengagihan) tahunan, maknanya mungkin ada pengagihan dan mungkin tidak ada. Tetapi dana sebegini menjanjikan penggandaan modal.
  
Profil Risiko Pelabur
-Agresif= Risiko dan ganjaran agresif
-melabur untuk jangka sederhana hingga panjang
-boleh melalui pasaran naik dan turun dalam tempoh yang panjang dalam usaha mencapai pertumbuhan modal.
  
Strategi pelaburan
-PISTF membuat pelaburan di dalam sekuriti patuh Syariah dengan permodalan pasaran sehingga RM6.0 bilion dalam pasaran tempatan bagi mencapai pertumbuhan modal jangka panjang. Dana juga mungkin membuat pelaburan  di dalam sukuk dan instrument pasaran wang islam bagi menjanakan pulangan tambahan. Dana biasanya mengekalkan pendedahan ekuiti yang berjulat antara 75% dan 98% berbanding NAB. Baki NAB akan dilaburkan dalam sukuk dan aset cair berdasarkan Syariah.
Bermula dari tahun 2008 

Januari 2010 - Disember 2010  



Monday 7 November 2011

Profil Risiko (Risk Profile)

Profil risiko (Risk Profile) – Apa tu?

Profil risiko adalah tahap risiko pelaburan yang sesuai dengan diri anda. Terdapat 3 kategori iaitu Konservatif, Sederhana dan Agresif. 
Untuk mengetahui profil risiko pelaburan anda, terdapat juga soal selidik yang disediakan di laman web seperti di sini. 

  • Pelabur Konservatif akan mencari pelaburan selamat dan berpuas hati dengan pelaburan yang membawa pendapatan mantap. 
  • Pelabur Sederhana pula berada di tengah-tengah. Mengambil sikap berhati-hati tetapi bersedia mengambil sedikit risiko untuk mendapat pulangan lebih baik. 
  • Pelabur yang Agresif akan mengambil risiko besar/tinggi untuk mendapat keuntungan besar.

Sebenarnya risiko sesuatu pelaburan itu bergantung kepada diri anda sendiri. Anda bebas untuk memilih. 

Selamat Melabur!

Saturday 5 November 2011

Cara kira unit

Contoh:

Pada 14/9/2009, Ana mula melabur RM 1000 dalam dana ekuiti A 
-Caj perkhidmatan = 3% (jika mengikut skim kwsp) = RM 29.13


Jumlah pelaburan sebenar = Jumlah pelaburan
                                        ( 1 + Caj perkhidmatan)
                                    = RM1000         =  RM1000
                                      ( 1 + 3 %)       ( 1 + 0.03)
                                    =RM1000
                                        1.03
                                    =RM 970.87

Katakan harga seunit pada 14/9/2009 ialah RM0.25160

Maka, Jumlah unit = Jumlah pelaburan sebenar
                                Harga seunit
                           = RM 970.87
                              RM0.25160
                           = 3858.73 unit.
  
Jumlah unit yang diperolehi = 3858.73 unit.


Unit yang diterima oleh pelabur adalah tetap dan tidak berubah-ubah melainkan pelabur membuat pelaburan tambahan ataupun melabur semula pengagihan @dividen (distribution) daripada Public Mutual.


Tuesday 1 November 2011

Caj dan yuran

Dalam pelaburan unit amanah di Malaysia ,terdapat caj dan yuran yang dikenakan kepada pelabur sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. 

- Secara langsung seperti Caj Perkhidmatan, Pelaburan Semula Pengagihan, Belian Balik, Tukar Ganti dan Pemindahan Unit.
- Secara tidak langsung seperti Yuran Tahunan.

1) Caj Perkhidmatan (Service Charge).
Setiap kali anda membuat pelaburan samada pelaburan permulaan (initial investment) ataupun menambah pelaburan sedia ada (additional investment), anda akan dikenakan Caj Perkhidmatan .
Rujuk di sini.

2) Caj Pelaburan semula pengagihan (Reinvestment of Distribution)
Tiada caj dikenakan ke atas pelaburan semula pengagihan (distribution @ dividen).

3) Caj Belian Balik (Repurchase)
Pelabur boleh menebus unit pada sebarang hari urus niaga dan menerima bayaran dalam tempoh 10 hari. Tiada caj dikenakan.

4) Caj Tukar Ganti (Switching)
Tukar ganti (Switching) adalah proses memindahkan pelaburan dari satu dana pelaburan ke dana pelaburan yang lain di bawah syarikat pengurusan yang sama. Caj akan dikenakan .

5) Caj Pemindahan Unit (Transfer of units)
Pelabur boleh memindahkan sepenuhnya atau separa unit yang dimilikinya dalam dana.Caj akan dikenakan.

6) Yuran Tahunan (Annual Fees )
Adalah perbelanjaan operasi tahunan yang terlibat dalam menguruskan dana seperti yuran pengurus, yuran pemegang amanah, penjagaan, audit, Penasihat Syariah dan lain-lain kos pentadbiran langsung.
Semua perbelanjaan ini ditolak daripada pendapatan kasar dana yang berkenaan.

Caj Perkhidmatan (Service Charge)

Setiap kali anda membuat pelaburan samada pelaburan permulaan (initial investment) ataupun menambah pelaburan sedia ada (additional investment), anda akan dikenakan Caj Perkhidmatan .

Jadi, jumlah pelaburan sebenar anda adalah kurang daripada duit yang anda laburkan

a) Pelaburan tunai
- melalui agen atau secara terus di Public Bank/Public Mutual, Caj Perkhidmatan akan dikenakan sebanyak :

5.5% -untuk pelaburan dalam dana Ekuiti dan Seimbang
0.25% - untuk pelaburan dalam dana Bon, Pendapatan Tetap dan Pasaran Wang.

Cara pengiraan jumlah pelaburan sebenar dan caj perkhidmatan :

Contoh: Anda melabur RM 1000 dalam dana ekuiti A

Jumlah pelaburan sebenar = Jumlah pelaburan
                                          ( 1 + caj perkhidmatan)
                                     = RM1000         = RM1000
                                       ( 1 + 5.5%)      ( 1 + 0.055)
                                     = RM1000
                                          1.055
                                     = RM 947.87

Maka, caj perkhidmatan  = RM 1000 – RM 947.87 
                                   = RM 52.13



Contoh: Anda melabur RM 1000 dalam dana bon A

Jumlah pelaburan sebenar = Jumlah pelaburan
                                        ( 1 + caj perkhidmatan)
                                     = RM1000         =  RM1000__
                                       (1 + 0.25%)     (1 + 0.0025)
                                     = RM1000
                                        1.0025
                                     = RM 997.51

Maka, caj perkhidmatan = RM 1000 – RM 997.51
                                  = RM2.49


b)Pelaburan melalui Skim KWSP pula, Caj Perkhidmatan sebanyak 3%  seperti yang dikawal oleh KWSP.

Contoh: Anda melabur RM 1000 dalam dana ekuiti A

Jumlah pelaburan sebenar = Jumlah pelaburan
                                       ( 1 + caj perkhidmatan)
                                     = RM1000          =  RM1000
                                       (1 + 3 %)         (1 + 0.03)
                                     =RM1000
                                         1.03
                                     = RM 970.87

Maka, caj perkhidmatan  = RM 1000 – RM 970.87
                                   = RM 29.13