Dalam pelaburan unit amanah di Malaysia ,terdapat caj dan yuran yang dikenakan kepada pelabur sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
- Secara langsung seperti Caj Perkhidmatan, Pelaburan Semula Pengagihan, Belian Balik, Tukar Ganti dan Pemindahan Unit.
- Secara tidak langsung seperti Yuran Tahunan.
1) Caj Perkhidmatan (Service Charge).
Setiap kali anda membuat pelaburan samada pelaburan permulaan (initial investment) ataupun menambah pelaburan sedia ada (additional investment), anda akan dikenakan Caj Perkhidmatan .
Rujuk di sini.
2) Caj Pelaburan semula pengagihan (Reinvestment of Distribution)
Tiada caj dikenakan ke atas pelaburan semula pengagihan (distribution @ dividen).
3) Caj Belian Balik (Repurchase)
Pelabur boleh menebus unit pada sebarang hari urus niaga dan menerima bayaran dalam tempoh 10 hari. Tiada caj dikenakan.
4) Caj Tukar Ganti (Switching)
Tukar ganti (Switching) adalah proses memindahkan pelaburan dari satu dana pelaburan ke dana pelaburan yang lain di bawah syarikat pengurusan yang sama. Caj akan dikenakan .
5) Caj Pemindahan Unit (Transfer of units)
Pelabur boleh memindahkan sepenuhnya atau separa unit yang dimilikinya dalam dana.Caj akan dikenakan.
6) Yuran Tahunan (Annual Fees )
Adalah perbelanjaan operasi tahunan yang terlibat dalam menguruskan dana seperti yuran pengurus, yuran pemegang amanah, penjagaan, audit, Penasihat Syariah dan lain-lain kos pentadbiran langsung.
Semua perbelanjaan ini ditolak daripada pendapatan kasar dana yang berkenaan.
No comments:
Post a Comment