Friday 28 October 2011

Cara melabur

1. Pelaburan sekaligus (Lump Sum Purchase) 
- Contohnya  kita melabur RM10,000 sekali gus dan kita biar sahaja pelaburan selama 10 ,20 tahun , atau sehingga tempoh yang kita rasa objektif kita dah tercapai. Kemudian, buat penebusan (atau jualan) untuk mendapatkan tunai.


2. Pelaburan Secara Simpanan Tetap (Regular Savings)
- Membuat pelaburan secara tetap (contohnya bulanan atau setiap 2 bulan dan mengikut kemampuan) minimum RM100 .
-Ini adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna untuk mengumpul modal bagi keperluan masa depan. 
- Dengan membuat caruman tetap dalam tempoh masa, jumlah unit terkumpul pada akhir tempoh akan meningkat dan mengambil faedah dari teknik Ringgit Cost Averaging (Dollar Cost Averaging)
- Pelaburan permulaan minimum (Initial Investment) RM1000.


3. Pelaburan Melalui Simpanan KWSP (EPF )
- Kelayakan mengikut baki di dalam Akaun 1 KWSP dan umur.
- Hanya akaun 1 sahaja boleh dikeluarkan untuk dilaburkan dan tidak melibatkan wang daripada poket anda .
- Ingat,bukan Akaun 2 ye!
- Wang akan diberi terus kepada institusi pengurusan dana (seperti Public Mutual Bhd) dan bila dah untung boleh la masukkan semula ke dalam akaun KWSP anda.
-Minimum setiap pelaburan ialah RM1000.
-Pengeluaran KWSP dibenarkan setiap 3 bulan.Jadi, anda boleh buat pelaburan 4 kali dalam setahun!
- Maklumat lanjut di sini



Nota:Bagi orang islam, sila melabur dalam dana yang berlandaskan Syariah je ye.  :)

Tuesday 25 October 2011

Kuasa Compound Interest (Part 2)

Sambungan daripada Kuasa Compound Interest (Part 1)

Tips menggandakan wang pelaburan:
Compound interest atau Kuasa Pulangan Berganda

Kalkulator ni akan kira simpanan bulanan anda berdasarkan compounding interest.
klik di sini 

Masukkan:-
Monthly saving:100.00
Starting Age: 30 (kalkulator ini telah di set untuk pengiraan sehingga umur 65 tahun.Jadi tempoh pelaburan adalah 65-30=35 tahun)
Interest Rate: 8% (kadar pulangan @ dividen setahun)
Lihat hasilnya:RM 230,917



Hanya menyimpan RM100 sebulan selama 35 tahun dengan kadar pulangan 8%, anda dapat RM230,917!

Semakin awal anda simpan maka makin cepat anda mendapat pulangan berganda berbanding simpan lambat dengan jumlah yang lebih.
Tetapi masih bergantung kepada profile anda, disiplin anda menyimpan dan kadar pulangan tahunan dana tersebut.
Semakin tinggi kadar pulangan tahunan yang anda mahu, tinggilah risiko yang anda perlu hadapi.

Kuasa Compound Interest (part 1)

Tips menggandakan wang pelaburan:
Compound interest atau Kuasa Pulangan Berganda

Saudara Irfan Khairi juga pernah menceritakan tentang kehebatan compound interest apabila kita menyimpan.Compound Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia.


Apa yang menarik di sini ialah di mana kita menyimpan supaya simpanan kita memberi pulangan yang tinggi, seterusnya kehebatan compound interest ini akan lebih teserlah lagi. Beliau ada menyebut tentang tempat menyimpan atau melabur yang dapat memberi pulangan yang tinggi adalah mutual fund ataupun unit trust (unit amanah).

Katakan umur anda sekarang 30 tahun, anda hanya mempunyai 25 tahun lagi untuk membuat simpanan sebelum bersara. Fikirkan!

Contoh:
Arif melabur RM5,000 pada tahun pertama ke dalam sebuah akaun pelaburan. Dia biarkan sahaja wang tersebut selama 15 tahun tanpa melakukan penambahan. Dengan kadar keuntungan purata 8%* setiap tahun, dia akan memperoleh RM15,860.85. Banyak kan? Bayangkan kalau anda membuat penambahan pelaburan setiap bulan atau melabur RM10,00, RM20,00,RM50,000? Juga, kalau kadar pulangan purata dana anda melebihi 8% ?

*Andaikan kadar pulangan dana unit amanah A adalah 8% setahun.


Formula  FV=PV(1+i) n

FV=future value @ Jumlah keseluruhan pelaburan
PV=Present value @ jumlah permulaan pelaburan
i=interest @ kadar pulangan @ dividen setahun
n=tempoh masa pelaburan
FV=PV(1+i) n
   =5000(1+8%)15
   =5000(1.08)15
     =RM 15,860.85



Atau klik di sini






Tips bagi menggandakan wang pelaburan anda dengan Kuasa Compound Interest:

1) Jangan belanja pulangan tahunan tersebut!
Untuk memastikan keuntungan diperolehi daripada pelaburan anda, jangan dibelanja setiap pulangan tahunan @agihan pendapatan @dividen yang anda perolehi. Biarkan sahaja keuntungan pelaburan di situ dan wang tersebut akan bekerja untuk anda. Ianya adalah 'passive income' kerana anda sudah tidak perlu buat apa-apa utk gandakannya. Hanya melabur dan biarkan sahaja.

2) Melabur untuk jangka masa panjang. 
 Hasil pulangan hanya dapat dilihat dalam jangka masa panjang, bukan pendek.Cara ini bukanlah cara cepat kaya tetapi cara pasti kaya. 

3) Melabur seawal yg mungkin.
 Orang yang melabur lebih awal, akan untung lebih awal.

4) Bila ada wang lebih, tambah pelaburan anda 
Tambah pelaburan anda setiap bulan walaupun sedikit. Sikit-sikit2 lama-lama jadi bukit.

Dividen KWSP 2008-2010


Dividen KWSP bagi tahun 2008 sehingga 2010 adalah seperti berikut:

Tahun
Peratus
2008
4.50
2009
5.65
2010
5.80

Sumber: kwsp

Sunday 23 October 2011

Dana-dana yang diluluskan oleh KWSP





Dana-dana diluluskan oleh KWSP            

Berlandaskan Syariah
Dengan Pendedahan Luar Negara*

Dana Equiti (Equity Funds)


1
Public Ittikal
2
Public Islamic Equity
3
Public Islamic Dividend
4
Public Islamic Sector Select

5
Public Islamic Select Treasures

6
Public Islamic Optimal Growth

7
Public Islamic Select Enterprise

8
Public Savings

9
Public Growth

10
Public Index


11
Public Industry

12
Public Aggressive Growth

13
Public Regular Savings


14
Public Equity

15
Public Focus Point

16
Public Dividend Select

17
Public Sector Select



Dana Seimbang(Balance funds)


18
Public Islamic Balance
19
Public Balance


Dana Bon (Bond Fund)


20
Public Select Bond



Dana Pendapatan Tetap (Fixed Income Fund)


21
Public Islamic Income


Dana Pasaran Wang( Money Market Fund)


22
Public Islamic Money Market



 *Dana-dana ini mempunyai mandat untuk melabur sehingga 30% daripada nilai aset bersih dana di pasaran–pasaran luar negara.































Saturday 22 October 2011

Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP

Memaksimumkan Simpanan KWSP @ EPF Anda

Skim ini membenarkan ahli-ahli KWSP untuk melabur 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1 melalui syarikat pengurusan unit amanah yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan seperti Public Mutual Bhd.


Kelebihan melabur :

1. Tidak Memerlukan Pelaburan Tunai
Pelaburan diurusniaga terus daripada Akaun 1 KWSP anda.

2. Kepelbagaian
Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP.

3. Pendedahan Pelaburan Luar Negara
Melabur ke luar Negara dengan dana domestik yang boleh melabur sehingga 30% daripada nilai aset bersih dana dalam pasaran-pasaran luar Negara.

4. Pertumbuhan Nilai Modal
Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal (capital growth) sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan untuk meningkatkan jumlah wang KWSP anda.

Kelebihan lain, klik sini atau sini.


Bagaimana melabur?

- Semak baki akaun anda di Smart Kiosk KWSP menggunakan MyKad
atau Semak Penyata Akaun KWSP yang terkini
atau Layari www.kwsp.gov.my sekiranya anda adalah pendaftar i-Akaun.
- Akaun KWSP @ EPF anda terbahagi kepada 2. Akaun 1  dan Akaun 2 .
- Hanya akaun 1 sahaja boleh dikeluarkan untuk dilaburkan
- Jumlah yang boleh dilaburkan adalah sebanyak 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas di dalam Akaun 1.

Formula: 
Jumlah yang boleh dilaburkan = (baki akaun 1 - simpanan asas) x 20%
atau rujuk kalkulator di sini

-Jadual Simpanan Asas adalah mengikut umur.(Rujuk jadual di bawah)
-Pelaburan minimum sebanyak RM1000.
-Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan  selepas tarikh pelaburan sebelumnya ( dengan syarat masih layak dan  boleh top-up dana sedia ada ataupun menyertai dana yang baru)
-Caj perkhidmatan(servis charge) sehingga 3% akan dikenakan apabila permohonan pelabur telah diluluskan dan akan ditolak daripada jumlah wang pelaburan yang diluluskan. Jadi tiada sebarang pembayaran tunai dikenakan.


Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1
Umur (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
Umur (Tahun)
Simpanan Asas
 (RM)
18
1,000
37
34,000
19
2,000
38
37,000
20
3,000
39
41,000
21
4,000
40
44,000
22
5,000
41
48,000
23
7,000
42
51,000
24
8,000
43
55,000
25
9,000
44
59,000
26
11,000
45
64,000
27
12,000
46
68,000
28
14,000
47
73,000
29
16,000
48
78,000
30
18,000
49
84,000
31
20,000
50
90,000
32
22,000
51
96,000
33
24,000
52
102,000
34
26,000
53
109,000
35
29,000
54
116,000
36
32,000
55
120,000
 Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.


Contoh Pengiraan:

Ahli
Umur
Simpanan di dalam Akaun 1 (RM)
Simpanan Asas (RM)
Pengiraaan: Simpanan Akaun 1 - Simpanan Asas x 20%
Kelayakan Ahli
Ahmad
22
4,000
5,000
-
Ahli tidak layak memohon. Simpanan dalam Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.
Nur
22
8,000
5,000
(8,000 - 5,000) x 20% = RM600
Ahli tidak layak memohon. Jumlah kelayakan minimum kurang RM1,000.
Ali
45
100,000
64,000
(100,000 - 64,000) x 20% = RM7,200
Ahli layak memohon.  Jumlah kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM7,200.



Apa yang perlu anda lakukan hanya sediakan salinan MyKad anda depan dan belakang di atas satu kertas A4 dan pastikan anda bersedia dengan penyata KWSP anda.
Selamat Melabur!