Pulangan Unit Amanah

Tak percaya?
Kali ni nak share 3 penyata yang menunjukkan peratus return @ pulangan apabila melabur dalam Unit Amanah.

Melabur kat Unit Amanah@ Unit Trust ni , anda akan dapat 2 keuntungan iaitu:-
1)Capital Gain(Perubahan harga seunit-harga naik/turun setiap hari)
2)Distribution (ramai orang panggil dividen)


Melabur ni kena ada ilmu dan strategi gak..
Ada juga pelabur yang kata rugi.Tapi kena tanya semula,berapa lama dia melabur dan apa strategi dia dah buat.  

Sebenarnya,lagi lama melabur dan bersabar,lagi banyak keuntungan yang anda akan dapat.
Sebab, pelaburan unit amanah ni adalah untuk tempoh sederhana hingga panjang(medium to long term investment).Iaitu 3 hingga 5 tahun ataupun lebih 5 tahun. Tetapi , tiada tempoh matang.Anytime pun boleh keluarkan dan pastikan dah dapat untung la.


Antara strategi yang perlu anda tahu ialah "Beli Rendah Jual Tinggi" dan DCA (Dollar Cost Averaging) ataupun kat Malaysia ni dipanggil  RCA ( Ringgit Cost Averaging) .
Lagi,strategi lain yang perlu tahu dan amalkan bila melabur, nanti cerita kat post yang lain , ok..

Nota:Bagi orang islam, sila melabur dalam dana yang berlandaskan Syariah je ye.Jadi, anda tahu di mana duit anda dilaburkan  :)

Dana : Public Islamic Dividend Fund  (PIDF)
Tempoh pelaburan: 5 Tahun ( KWSP @ EPF)
Simple estimated total return % = 58.62%
Pulangan setahun = 11.72% !



Dana : Public Islamic Equity Fund  (PIEF)
Tempoh pelaburan: 2 Tahun ( KWSP @ EPF)
Simple estimated total return % = 54.27%
Pulangan setahun = 27.13% !


Dana : Public Islamic Equity Fund  (PIEF)
Tempoh pelaburan: 4 Tahun ( Tunai @ Cash)
Simple estimated total return % = 55.79%
Pulangan setahun = 13.95 % !