Cara Melabur

1. Pelaburan sekaligus (Lump Sum Purchase) 
- Contohnya  kita melabur RM10,000 sekali gus dan kita biar sahaja pelaburan selama 10 ,20 tahun , atau sehingga tempoh yang kita rasa objektif kita dah tercapai. Kemudian, buat penebusan (atau jualan) untuk mendapatkan tunai.


2. Pelaburan Secara Simpanan Tetap (Regular Savings)
- Membuat pelaburan secara tetap (contohnya bulanan atau setiap 2 bulan dan mengikut kemampuan) minimum RM100 .
-Ini adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna untuk mengumpul modal bagi keperluan masa depan. 
- Dengan membuat caruman tetap dalam tempoh masa, jumlah unit terkumpul pada akhir tempoh akan meningkat dan mengambil faedah dari teknik Ringgit Cost Averaging (Dollar Cost Averaging')
- Pelaburan permulaan minimum (Initial Investment) RM1000.


3. Pelaburan Melalui Simpanan KWSP (EPF )
- Kelayakan mengikut baki di dalam Akaun 1 KWSP dan umur.
- Hanya akaun 1 sahaja boleh dikeluarkan untuk dilaburkan dan tidak melibatkan wang daripada poket anda .
- Ingat,bukan Akaun 2 ye!
- Wang akan diberi terus kepada institusi pengurusan dana (seperti Public Mutual Bhd) dan bila dah untung boleh la masukkan semula ke dalam akaun KWSP anda.
-.Minimum setiap pelaburan ialah RM1000.
-Pengeluaran KWSP dibenarkan setiap 3 bulan.Jadi, anda boleh buat pelaburan 4 kali dalam setahun!
- Maklumat lanjut di sini