Tuesday 25 October 2011

Kuasa Compound Interest (part 1)

Tips menggandakan wang pelaburan:
Compound interest atau Kuasa Pulangan Berganda

Saudara Irfan Khairi juga pernah menceritakan tentang kehebatan compound interest apabila kita menyimpan.Compound Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia.


Apa yang menarik di sini ialah di mana kita menyimpan supaya simpanan kita memberi pulangan yang tinggi, seterusnya kehebatan compound interest ini akan lebih teserlah lagi. Beliau ada menyebut tentang tempat menyimpan atau melabur yang dapat memberi pulangan yang tinggi adalah mutual fund ataupun unit trust (unit amanah).

Katakan umur anda sekarang 30 tahun, anda hanya mempunyai 25 tahun lagi untuk membuat simpanan sebelum bersara. Fikirkan!

Contoh:
Arif melabur RM5,000 pada tahun pertama ke dalam sebuah akaun pelaburan. Dia biarkan sahaja wang tersebut selama 15 tahun tanpa melakukan penambahan. Dengan kadar keuntungan purata 8%* setiap tahun, dia akan memperoleh RM15,860.85. Banyak kan? Bayangkan kalau anda membuat penambahan pelaburan setiap bulan atau melabur RM10,00, RM20,00,RM50,000? Juga, kalau kadar pulangan purata dana anda melebihi 8% ?

*Andaikan kadar pulangan dana unit amanah A adalah 8% setahun.


Formula  FV=PV(1+i) n

FV=future value @ Jumlah keseluruhan pelaburan
PV=Present value @ jumlah permulaan pelaburan
i=interest @ kadar pulangan @ dividen setahun
n=tempoh masa pelaburan
FV=PV(1+i) n
   =5000(1+8%)15
   =5000(1.08)15
     =RM 15,860.85



Atau klik di sini






Tips bagi menggandakan wang pelaburan anda dengan Kuasa Compound Interest:

1) Jangan belanja pulangan tahunan tersebut!
Untuk memastikan keuntungan diperolehi daripada pelaburan anda, jangan dibelanja setiap pulangan tahunan @agihan pendapatan @dividen yang anda perolehi. Biarkan sahaja keuntungan pelaburan di situ dan wang tersebut akan bekerja untuk anda. Ianya adalah 'passive income' kerana anda sudah tidak perlu buat apa-apa utk gandakannya. Hanya melabur dan biarkan sahaja.

2) Melabur untuk jangka masa panjang. 
 Hasil pulangan hanya dapat dilihat dalam jangka masa panjang, bukan pendek.Cara ini bukanlah cara cepat kaya tetapi cara pasti kaya. 

3) Melabur seawal yg mungkin.
 Orang yang melabur lebih awal, akan untung lebih awal.

4) Bila ada wang lebih, tambah pelaburan anda 
Tambah pelaburan anda setiap bulan walaupun sedikit. Sikit-sikit2 lama-lama jadi bukit.

No comments:

Post a Comment