Friday 21 October 2011

Unit Amanah Patuh Syariah dan Kelebihannya

Public Mutual menawarkan siri dana unit amanah patuh syariah bagi membantu anda mencapai kebabasan kewangan secara islam.

Portfolio sekuriti  ini tidak terlibat  dalam aktiviti perniagaan yang tidak dibenarkan oleh syariah seperti alkohol, perjudian, tembakau, pornografi, khidmat kewangan konvensional dan sebagainya.


Kelebihan :

1. Berlandaskan kehendak Syariah
Jawatankuasa Syariah atau Penasihat Syariah yang dilantik akan memastikan operasi dan pelaburan dana-dana adalah mengikut kehendak Syariah.
Penasihat Syariah - ZI Syariah Advisory Services Sdn Bhd (“ZI Syariah”)

2. Pengurusan Dana Yang Profesional
Unit Amanah diuruskan berlandaskan kehendak Syariah oleh pengurus dana profesional dan berpengalaman.
Pengurus dana profesional ini akan sentiasa mengawasi prestasi pelaburan anda dan memastikan wang anda dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah dikaji.

3. Kepelbagaian
Unit Amanah patuh Syariah membantu mempelbagaikan pelaburan anda dalam sebuah portfolio sekuriti patuh Syariah bagi meminimumkan risiko .
Unit Amanah menawarkan kaedah untuk membeli portfolio pelbagai saham,bon/sukuk atau aset2 lain yang dapat memberi pulangan pada risiko yang lebih rendah berbanding pelaburan secara langsung (bersendirian) dalam pasaran saham.
  
4.Pertumbuhan modal/aliran pendapatan
Unit Amanah patuh Syariah memberi peluang memperoleh pertumbuhan modal (capital growth) dan/atau aliran pendapatan sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan .

5. Pendedahan pelaburan
Unit Amanah patuh Syariah membolehkan anda mempelbagaikan pelaburan dan mendapat pendedahan kepada kelas-kelas aset patuh Syariah dan negara-negara yang berlainan.
  
6.Kecairan.
Anda boleh membeli dengan mudah dan menjual balik sebahagian atau semua unit amanah pada bila-bila masa dalam waktu perniagaan.
Hasil penebusan akan diterima dalam tempoh 10 hari.
Bagi ahli-ahli prioriti iaitu Mutual Gold dan Mutual Gold Elite, hasil pebusan akan diterima dalam tempoh 2 hari niaga.

7. Kemudahan dan kemampuan
a)Pelaburan Tunai - Anda boleh memulakan pelaburan dengan hanya RM1000 dan pelaburan tambahan minimum sebanyak RM100.
b)Pengeluaran akaun 1 KWSP –Minimum setiap pelaburan RM1000.
  
8. Pengawalan
Unit Amanah patuh Syariah dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan para pelabur.

9.Manfaat Pulangan Berganda
Unit Amanah patuh Syariah memberi anda peluang melabur semula pengagihan pendapatan ( income distribution) untuk mengumpul kekayaan.

No comments:

Post a Comment