Monday, 7 November 2011

Profil Risiko (Risk Profile)

Profil risiko (Risk Profile) – Apa tu?

Profil risiko adalah tahap risiko pelaburan yang sesuai dengan diri anda. Terdapat 3 kategori iaitu Konservatif, Sederhana dan Agresif. 
Untuk mengetahui profil risiko pelaburan anda, terdapat juga soal selidik yang disediakan di laman web seperti di sini. 

  • Pelabur Konservatif akan mencari pelaburan selamat dan berpuas hati dengan pelaburan yang membawa pendapatan mantap. 
  • Pelabur Sederhana pula berada di tengah-tengah. Mengambil sikap berhati-hati tetapi bersedia mengambil sedikit risiko untuk mendapat pulangan lebih baik. 
  • Pelabur yang Agresif akan mengambil risiko besar/tinggi untuk mendapat keuntungan besar.

Sebenarnya risiko sesuatu pelaburan itu bergantung kepada diri anda sendiri. Anda bebas untuk memilih. 

Selamat Melabur!

No comments:

Post a Comment