Friday, 11 November 2011

Dana yang disyorkan

Terdapat pelbagai dana dengan objektif pelaburan yang berbeza-beza. Setiap satu mempunyai ciri-ciri dan elemen risiko yang berbeza. 

Sesetengah dana bertujuan memberikan pendapatan yang berterusan, sementara ada dana yang lebih tertumpu kepada pertumbuhan modal jangka panjang atau kedua-duanya sekali.
Dana unit amanah ialah pelaburan jangka panjang, jadi pertimbangkanlah juga perkara ini dalam mencapai objektif pelaburan anda. 

Terdapat beberapa kategori dana seperti ekuiti(equity), bon (bond) dan  pasaran wang (money market).
Kenal pasti Profil Risiko dan Objektif Pelaburan anda. Jadi, anda akan tahu tahap risiko yang anda mampu anda tanggung dan pulangan yang akan anda dapat.

Selain itu, anda juga perlu lihat dan menilai prestasi dana tersebut.

Antara dana yang disyorkan ialah PIDF,PIEF,PISEF,PISTF



PIDF ( Public Islamic Dividend Fund )
Profil Dana
Kategori  Dana
Dana Ekuiti (Berlandaskan Syariah)
Jenis Dana
Pendapatan
Julat Ekuiti Dana
75%  hingga 98%
Profil Pilihan Saham Dana
Saham yang menawarkan atau mempunyai potensi untuk menawarkan hasil dividen yang menarik.
Dasar Pengagihan
Pendapatan Tahunan
Profil Risiko Pelabur
Sederhana
Cadangan Tempoh Pelaburan  Minimum
3 tahun
Penasihat Syariah
ZI Syariah


Objektif Dana
-Untuk menyediakan pendapatan dengan melabur di dalam portfolio saham yang memenuhi kehendak Syariah dan menawarkan atau mempunyai  potensi untuk menawarkan hasil dividen yang menarik.

Jenis Dana
-Pendapatan=dana jenis ekuiti yang menjanjikan pengagihan pendapatan tahunan. Maksudnya, tiap-tiap tahun pun akan ada pengagihan@dividen.

Profil Risiko Pelabur
-Sederhana= Risiko dan ganjaran sederhana
-melabur untuk jangka sederhana hingga panjang
-keutamaan untuk menerima pendapatan pengagihan manakala pertumbuhan modal adalah pilihan kedua.

Strategi Pelaburan.
-Melabur di dalam sebuah portfolio pelbagai saham patuh Syariah yang menawarkan atau mempunyai potensi untuk menawarkan hasil dividen yang menarik. Dana juga mungkin membuat pelaburan di dalam pasaran asing sekiranya pulangan dinilai sebagai menggalakkan.  Kandungan ekuiti dari segi NAB akan berjulat di antara 75% hingga 98%  daripada  NAB dana.  Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk dan aset cair berdasarkan Syariah.

                        
Bermula dari tahun 2006
                    
 Januari 2010 - Disember 2010



PIEF ( Public Islamic Equity Fund )
Profil Dana
Kategori  Dana
Dana Ekuiti ( Berlandaskan Syariah)
Jenis Dana
Pertumbuhan Modal
Julat Ekuiti Dana
Minimum 80%  daripada  NAB
Profil Pilihan Saham Dana
Saham Pertumbuhan
Dasar Pengagihan
Sampingan
Profil Risiko Pelabur
Agresif
Cadangan Tempoh Pelaburan  Minimum
3 tahun
Penasihat Syariah
ZI Syariah













Objektif Dana
-Untuk  mencapai  pertumbuhan modal  melalui pilihan pelbagai  saham  pertumbuhan yang  mematuhi  Prinsip Syariah.

Jenis Dana
-Pertumbuhan Modal bermakna dasar pengagihannya @ dividen adalah sampingan sahaja, Dana ini tidak menjanjikan pendapatan (pengagihan) tahunan, maknanya mungkin ada pengagihan dan mungkin tidak ada. Tetapi dana sebegini menjanjikan penggandaan modal.

Profil Risiko Pelabur
-Agresif= Risiko dan ganjaran agresif
-melabur untuk jangka sederhana hingga panjang
-boleh melalui pasaran naik dan turun dalam tempoh yang panjang dalam usaha mencapai pertumbuhan modal.

Strategi Pelaburan.
-Melabur di dalam portfolio dalam pelbagai ekuiti patuh Syariah yang disenaraikan di pasaran domestic dan asing serta sukuk. Kandungan ekuiti minimumnya adalah 80% daripada NAB dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk dan asset cair berdasarkan Syariah.

   Bermula dari tahun 2003 

Januari 2010 - Disember 2010 




PISEF ( Public Islamic Select Enterprises Fund )


Profil Dana
Kategori  Dana
Dana Ekuiti (Syariah)
Jenis Dana
Pertumbuhan Modal
Julat Ekuiti Dana
75% hingga  98%
Profil Pilihan Saham Dana
50  syarikat terbesar  dari segi permodalan  pasaran, pada  masa pembelian, yang  disenaraikan di Bursa Securities, yang mematuhi keperluan Syariah.
Dasar Pengagihan
Sampingan
Profil Risiko Pelabur
Agresif
Cadangan Tempoh Pelaburan  Minimum
3 tahun
Penasihat Syariah
ZI Syariah
















Objektif Dana
-Untuk mencapai pertumbuhan modal dengan melabur di dalam 50 syarikat terbesar dari segi permodalan pasaran (pada masa pembelian) yang disenaraikan di Bursa Securities yang mematuhi keperluan Syariah.


Jenis Dana
-Pertumbuhan Modal bermakna dasar pengagihannya @ dividen adalah sampingan sahaja, Dana ini tidak menjanjikan pendapatan (pengagihan) tahunan, maknanya mungkin ada pengagihan dan mungkin tidak ada. Tetapi dana sebegini menjanjikan penggandaan modal.

Profil Risiko Pelabur
-Agresif= Risiko dan ganjaran agresif
-melabur untuk jangka sederhana hingga panjang
-boleh melalui pasaran naik dan turun dalam tempoh yang panjang dalam usaha mencapai pertumbuhan modal.
  
Strategi Pelaburan
-Menumpukan pelaburan terutamanya di dalam 50 saham patuh Syariah terbesar dari segi permodalan pasaran(pada masa belian) yang disenaraikan di Bursa Securities. Dana biasanya mengekalkan pendedahan ekuiti yang berjulat antara 75% hingga 98% berbanding NAB.Baki NAB dana akan dilaburkan di dalam sukuk dan instrument pasaran wang islam bagi menjanakan pulangan tambahan.

Bermula dari tahun 2008 
Januari 2010 - Disember 2010  









PISTF ( Public Islamic Select Treasures Fund )



Profil Dana
Kategori  Dana
Dana Ekuiti ( Berlandaskan Syariah)
Jenis Dana
Pertumbuhan Modal
Julat Ekuiti Dana
75%  hingga 98%
Profil Pilihan Saham Dana
Syarikat dengan permodalan pasaran  sehingga RM6.0 bilion pada masa pembelian, yang mematuhi  keperluan  Syariah.
Dasar Pengagihan
Sampingan
Profil Risiko Pelabur
Agresif
Cadangan Tempoh Pelaburan  Minimum
3 tahun
Penasihat Syariah
ZI Syariah
















Objektif Dana
-Untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pelaburan di dalam syarikat-syarikat yang mempunyai permodalan pasaran sehingga RM6 bilion yang mematuhi keperluan Syariah di pasaran domestik.

  
Jenis Dana
-Pertumbuhan Modal bermakna dasar pengagihannya @ dividen adalah sampingan sahaja, Dana ini tidak menjanjikan pendapatan (pengagihan) tahunan, maknanya mungkin ada pengagihan dan mungkin tidak ada. Tetapi dana sebegini menjanjikan penggandaan modal.
  
Profil Risiko Pelabur
-Agresif= Risiko dan ganjaran agresif
-melabur untuk jangka sederhana hingga panjang
-boleh melalui pasaran naik dan turun dalam tempoh yang panjang dalam usaha mencapai pertumbuhan modal.
  
Strategi pelaburan
-PISTF membuat pelaburan di dalam sekuriti patuh Syariah dengan permodalan pasaran sehingga RM6.0 bilion dalam pasaran tempatan bagi mencapai pertumbuhan modal jangka panjang. Dana juga mungkin membuat pelaburan  di dalam sukuk dan instrument pasaran wang islam bagi menjanakan pulangan tambahan. Dana biasanya mengekalkan pendedahan ekuiti yang berjulat antara 75% dan 98% berbanding NAB. Baki NAB akan dilaburkan dalam sukuk dan aset cair berdasarkan Syariah.
Bermula dari tahun 2008 

Januari 2010 - Disember 2010  



No comments:

Post a Comment